Tidak aku sangka, begitu cepat tahun 2008 akan melabuhkan tirai. Pelbagai peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang tahun ini. Yang pasti peristiwa ini menjadikan aku lebih matang bagi meniti kehidupan di masa akan datang.


Tahun 2008 membawa sinar kegembiraan buat aku apabila di kurniakan seorang anak lelaki yang aku namakan Adam Idlan Hakimi ~ adil dan bijaksana. Tanggal 14hb Januari 2008 @ 1.30am aku selamat melahirkan baby lelaki dengan berat 2.9kg dengan di temani asben tersayang. Aku kagum kerana asben kuat semangat menemani aku menempuh saat2 getir, memberi kata2 semangat utk aku terus berjuang. Almaklumlah, walaupun kelahiran ini merupakan kelahiran kedua bagi aku, tapi ini lah kali pertama asben menyaksikan sendiri proses kelahiran anak. Masa anak pertama dulu, asben tak di benarkan masuk..
Namum pada 14hb Januari 2008 juga, adik lelaki aku perlu di daftarkan ke Politeknik Merlimau. Dan parents terpaksa menghantar adik ke Melaka, dan berharap agar asben aku mampu menguruskan aku, Nurin dan baby nanti. Mak tak henti2 memberikan nasihat, mengingatkan pantang larang dan sebagainya. Ayah sibuk soh aku balik kampong cepat2 supaya boleh berpantang dengan sebaiknya.


Pada 10hb Febuari 2008, adik aku yang kedua melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya. Walaupun aku masih dlm tempoh berpantang, aku tetap membantu aper yang terdaya. Tapi almaklumlah, nak duduk bersimpuh, amat payah. Nak tolong rewang pon mana yang aku mampu. Nak berehat, nak makan, nak breast feeding pon susah nak di ceritakan... sumer kene korbankan. Nasib baik Adam diam, tidak menangis. Nurin je yang tak geti dok diam, jadi Mandur tak bergaji.
14hb Febuari 2008, hari ulangtahun perkahwinan ke 4 aku dn asben. Tak dpt nak celebrate pon sbb aku masih dalam tempoh berpantang. Cuma kami berharap, dengan kehadiran cahayamata ke 2 ini, akan mengeratkan lagi hubungan rumatangga, dan berdoa agar hubungan ini di pelihara hingga ke akhir hayat.
Hujung bulan Mac 2008, aku mula bekerja macam biasa setelah 2 bulan aku bercuti. Banyak nyer kerja yang perlu aku buat, walaupun PT Zuraidah sudah mengantikan aku ketika aku bercuti. Thanks Zu kerana berjaya membuat kerja2 pentadbiran dengan baik sekali.

25hb Mac 2008, besday anak dara aku, Nurin Qashrina. Aku hanya masak pulut kuning, rendang dan pudding utk di bagi-bagikan ke rumah jiran2.

Bulan April... pada 18hb April 2008 aku accident utk pertama kalinya setelah tak sampai setahun aku dapat lesen ‘P’. Ala, sikit jer. Keter belakang yang mengekor aku terlalu dekat. Kan dah ciom bumper keter aku....

Bulan Mei, aku telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007 di Dewan Hayati, MAWAR, Johor Bahru pada 14hb Mei 2008. Alhamdulillah, setelah 6 tahun kerja, dapat dah anugerah. Tapi cemerlang kah aku? Tepuk dada, Tanya selera...

Bulan Jun, 23hb Jun 2008 kawasan perumahan aku dan kawasan sekitarnya di landa ribut. Nasib baik rumah aku sikit je bumbung tercabut compare Flat Perumahan Rakyat, Pasir Gudang abis terbang semua bumbung. Tapi sedih, takut tetap ader. Tuhan ingin menguji aku sekeluarga.
Bulan Julai, cannot remember aper yang tejadi pada bulan ini.. Rasanya aku bz sebagai Uusetia Kursus MTLS tur.. kursus kali ni amat melecehkan kerana aku dah book hotel utk buat kursus tapi last minute dapat surat drpd KKM mengatakan semua kursus yang di jalankan di hotel2 terpaksa di batalkan.. adeh.....

Bulan Ogos, pada 14hb Ogos 2008, merupakan hari terakhir bagi Tn. Hj. Mohd Nordin Bin Hj. Bakar bertugas sebagai Penyelia Jabatan Kecemasan dan Trauma sebelum bersara. Aku benar2 merasa kehilangan krn Aji Odien sangat humble, peramah, menerapkan budaya PERASA di jabatan. Beliau amat di sayangi oleh semua staff di jabatan. Rindu kat aji....
Bulan September, besday asben pada 5hb September 2008. Tak celebrate pon. Just wish kat asben je. Kedudukan kewangan tak stable di sebabkan masalah tempat keje asben.

Namum di penghujung bulan pada 27hb September 2008 ( lagi 3 hari nak raya ) aku terlibat dengan accident lagi. Ketika aku otw pulang daripada kerja aku di hentam oleh keter waja. Teruk keter. Tukar pintu keter baru. Sedih arr. Nak raya plak tur.....Bukan salah aku... Cina tur yang langgar lampu merah. Tapi tak nak ngaku.. cittssss

Bulan Oktober, pada 1hb Oktober 2008 merupakan Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh umat Islam. Tapi tahun ni, aku memilih untuk bekerja pada pagi raya pertama dan ke-2. Lagipon kereta aku masih di bengkel. Buhsannya. Kereta siap dibaiki setelah 3 minggu tersadai di bengkel. Sabo je lah.
Bulan November, aku malas nak cerita. Mendung berarak di hati pada bulan November. Actually, bulan November merupakan bulan kelahiran aku tapi kenangan bulan November sangat mengguris hati aku...Syadissss.
Bulan Disember, semendung bulan Disember ( musim ujan je kan ) begitu lah aku.. mendung je hari2 yang aku lalui. Wahai asben aku sayang... adik berharap agar abang dapat mengotakan janji untuk berhenti isap rokok sebab adik tak suker + menci dengan ROKOK. yaksssss.