CARIAN

Memuatkan ...

HADIAH DARI ZAITUL

Kelmarin 14hb Febuari 2009, aku dapat kad dari pak cik Posmen suh amek barang kat Pejabat Pos Masai. Jadi ari nie aku suh lah asben aku amek barang kat Pejabat Pos. Dan bila aku balik dari keje kol 7.00pm ( sampai umah ) aku tengok barang tersebut sudah berada di ruang tamu.

Aku tau siapa pengirimnyer. Aku sungguh teruja dan tak sangka. Kenapa?

Ni dia kotak untuk anak bujang kecik aku. Si pengirim bagi utk Adam sempena besday Adam yang pertama.


Aik? Awat legam sgt anak2 aku? Kesan main layang-layang kot!!! he3 For sure Adam tak mengerti aper2. Yang over excited nyer si Kakak Nurin lah.....

Actually, Adam tak baper sihat. Batuk2. Prestasi Adam tika ini
( berumur setahun 1 bulan = 13bulan ) baru pandai bertatih. Ader lah dapat 5 tapak, then jatuh terduduk. Alhamdulillah....
Ada aper di dalam kotak tur agaknyer eik???? Tengok tur....... macam2 ader.

Then, aku pon lekatkan kat peti ais kat umah. Settle. Selebihnyer ader yang di pinkan kat beg Nurin. Kad, surat, tulisan khat aku masuk dlm album Adam nanti.


Nak tau siapa pengirimnyer? Ini dia Zaitul Hasanah Zainal


Ni lah Zaitul. Aku kenal dia kat fotopages. sekarang Zaitul belajar lagi kat Terengganu. Bakal Cikgu!! Kebetulan besday Adam sama dengan Zaitul. Aku mmg tak sangka Zaitul akan bagi hadiah besday untuk Adam walaupun aku tak kenal dia, dia jugak tak kenal aku.



Aku amat menghargainyer dan aku akan ingat sampai bila2. Seronok rasanya. Thanks Zaitul dari kami sekeluarga.


post signatureHarap Adam bila dah beso dpt jadikan Zaitul sebagai idola, berjaya ke menara gading.






Tak Rugi Jika Anda Komen Artikel Ini

0 Tukang Komen:

Sila Berikan komen Yang Munasabah Dan Berkualiti. Komen Yang Berbaur Kejian Dan Kutukan Tidak Akan Di Display Di Sini. Terima Kasih Atas Kerjasama
Ikhlas Dari,
LieZa

Catat Ulasan

 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari