Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
MELAKA: “Saya tidak putus-putus berdoa supaya bayi perempuan kami selamat walaupun dilahirkan tidak cukup bulan selain berharap isteri cepat sembuh biarpun terpaksa menerima hakikat dia cedera parah.”
Begitu kata Mohammad Khairul Hashim, 27, suami kepada jururawat, Nurhaliza Musa, 25, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar di Jalan Paya Ikan, Bukit Baru, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta Perodua Kenari milik Nurhaliza dirempuh sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 20-an dari arah bertentangan sebelum api menyambar kedua-dua kenderaan berkenaan.
Nurhaliza yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital swasta, di sini, cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah manakala tempurung lutut kirinya pecah selain doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyelamatkan kandungannya yang berusia tujuh bulan.
Mohammad Khairul berkata, sebelum kejadian, dia menunggang motosikal manakala isterinya mengekori dengan kereta untuk pulang ke rumah keluarga Nurhaliza di Padang Temu dari arah kedai bapanya di Bukit Katil.
Bagaimanapun, katanya, dia berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di kawasan berhampiran sebelum mereka turut berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam untuk membeli barang.
“Sejurus itu, kami bertolak menuju ke Padang Temu tetapi tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju dari arah bandar dilihat cuba memotong sebuah kenderaan lain di suatu selekoh di Jalan Paya Ikan.
“Pertama kali saya lihat kereta berkenaan cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal bagaimanapun, kali kedua saya dapati ia tiba-tiba memotong kenderaan hadapannya dan terus merempuh kereta dipandu isteri saya,” katanya.
Mohammad Khairul mendakwa, semasa kereta berkenaan cuba memotong buat kali kedua, dia sempat menoleh dan terkejut apabila mendapati tiba-tiba ia merempuh kereta isterinya.
Katanya, sebaik kereta isterinya dirempuh secara berhadapan, dia terus berpatah balik melihat apa yang berlaku.
“Saya melihat isteri sarat mengandung dalam keadaan separuh sedar dan tersepit lalu terus menghubungi rakan untuk mendapatkan bantuan. Sebaik beberapa rakan saya tiba, mereka segera membantu mengeluarkan isteri saya serta menghubungi ambulans.
“Beberapa minit kemudian, tiba-tiba api menyambar kereta Perodua Myvi sekali gus membakar kereta Perodua Kenari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil tiba untuk memadam kebakaran.
“Nasib baik isteri sempat dikeluarkan sebelum kereta hangus terbakar. Jika tidak saya tidak tahu bagaimana nasibnya,” katanya.
Mohammad Khairul berkata, semua dokumen isteri seperti kad pengenalan, kad kredit dan wang tunai kira-kira RM300 termasuk dokumen kesihatan bayi hangus apabila kereta isterinya terbakar.
“Keadaan paling sukar saya hadapi apabila terpaksa membuat keputusan sebelum doktor menjalankan pembedahan bagi menyelamatkan kandungan isteri sedangkan dia sedang bertarung dengan kesakitan akibat kemalangan itu.
“Bagaimanapun, saya tetap berharap isteri dan anak selamat meskipun tahu jika bayi dikeluarkan lebih awal ada risikonya. Yang penting kedua-dua selamat,” katanya.
Mon test du Kajal Khôl Ayurvédique by Lakshmi
5 beberapa minggu yang lalu









Online Shop
My Ping Box
Top Komen
Komen Terkini
eReferral
Traffic

4 Tukang Komen:
muga mereka berdua selamat.
kesiannyer....xsanggup bayangkan betapa sukarnya keadaan dia....huhu...kita bernasib baik..tp akan datang siapa yang tau nasib kita
tu lah kan!! Cian arr. hopeely hb dia akan jaga dia baik2...
aku paling cian kat pompuan ngandung nie..
p.s teringat satu patient peknen 8bln accident n past away but baby safe.
boleh kongsi picture ngeri sepanjang keje di AE mail >> mygen2u1@gmail.com
Ikhlas Dari,
LieZa
Catat Ulasan