CARIAN

Memuatkan ...

CARA BERJIMAK YANG DI TUNTUT

Aku membaca dan explore blog Pondok Ilmu yang sememangnya sudah berada dalam list blog aku. Ye lah, aku berehat sekejap selepas rush gi ambil ubat untuk anak-anak aku, book flight untuk bos aku, buat copy guidelines terbaru Influenza A.. sungguh memenatkan..

So apa kata kita baca sesuatu yang aku pun tak tahu. Ianya berkaitan dengan 'Berjimak'. Orang yang dah kawin boleh baca. yang belum kahwin pun boleh baca bagi menambahkan pengetahuan.

Bagus untuk mendapatkan zuriat yang berkualiti.. jadi jom baca kenyataan di bawah ini : More info, click Read More ok!!


Cara berjimak yang dituntut:-

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa. Jika Allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama
orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.


post signatureKredit untuk blog Pondok Ilmu.. tak rugi ke blog ini...




Tak Rugi Jika Anda Komen Artikel Ini

0 Tukang Komen:

Sila Berikan komen Yang Munasabah Dan Berkualiti. Komen Yang Berbaur Kejian Dan Kutukan Tidak Akan Di Display Di Sini. Terima Kasih Atas Kerjasama
Ikhlas Dari,
LieZa

Catat Ulasan

 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari