
Salam semua.. Ari nie aku dan hubby telah buat keputusan yang telah buat kami dalam dilema Namum, ianya untuk kebaikan kami jua
Rasanya sesiapa yang mengikuti blog nie sudah sedia maklum yang hubby dah di VSS pada bulan Januari lepas
Kedudukan kewangan kami memang perit sekarang ini. Banyak yang tertunggak.
Aku mengambil langkah dengan membuat over time kat tempat keje.
Walaupun begitu, ada halangannya jua. Weekend anak tak der orang nak jaga. Hubby gi kebun tengok pokok lada ( projek pas kene buang keje. Tanam pokok lada ). Dimana pokok lada memerlukan penjagaan rapi. Air nak cukup, baja pun gitew..So aku jarang dapat peluang untuk OT kat tempat keje.
Setelah hubby dapat offer kursus 2 bulan dengan di berikan elaun tiap bulan kat Taman Universiti anjuran Jabatan Tenaga Rakyat, kebun mula terabai. Hubby mula give up. Dan aku memaksa diri untuk bekerja setiap hari termasuk hari cuti bagi membantu hubby aku. Di tambah lagi dengan HINI yang melanda, OT kat jabatan aku memang melimpah ruah. Kami sampai tak larat nak keje. Penat sangat...
Aku sejak 4 tahun yang lepas, hantar Nurin ke rumah baby sitter kat Taman Air Biru. Masa tu umur Nurin 6 bulan dan kami dok menyewa kat Bdr Seri Alam, Masai. Agak jauh kan? Tapi masa tur hubby keje kat Grand Banks Pasir Gudang ( sebelah port ). Tak der masalah bagi kami nak antar anak ke situ. Aku gi keje naik bas kat Bus Stand Masai, dan hubby antar anak ke umah baby sitter.2 tahun kemudian aku dah ader lesen kereta, dan kami berpindah ke Taman Scientex, Pasir Gudang. Turn aku plak drive antar anak ke Tmn Air Biru baru lah aku ke tempat keje di Bandaraya JB. Hubby gi keje naik motor hingga kini.
Tapi dek kerana gawat, kami ambil keputusan besar untuk mencari baby sitter baru di depan rumah kami. Bagi kami, menjimatkan masa, tenaga, dan wang ringgit. Aku bebas untuk bekerja hingga lewat malam, OT di hujung minggu kerana hubby boleh ambil anak selepas balik dari kebun.
Ianya amat memudahkan aku untuk ke tempat keje sebab sekali jalan je. Tak payah nak patah balik untuk amik anak dan antar anak. Tambahan pula, kami akan menerima cahayamata ke 3 tahun depan, perbelanjaan isi rumah juga bertambah.
Tadi pagi kami bagitau kat babysitter yang kami akan menghantar anak-anak kami hingga hari ini. Esok, anak-anak akan tinggal di rumah babysitter yang baru. Sedih, kerana banyak pengorbanan dan jasa Umi dan Abah kat kami. Dan jasa mereka tidak akan aku lupa. Masa aku nak lahirkan Adam, Umi yang jaga Nurin hinggakan Nurin terpaksa tidur di rumah Umi pada ketika itu.
Makan minum sumer Umi yang bagi kat anak-anak aku dan aku memang tak kan lupa jasa mereka.Umi dan Abah, terima kasih kerana menjaga Nurin selama 4 tahun, dan menjaga Adam selama setahun 4 bulan, menyayangi mereka, melayan karenah nakal mereka. Ada masa, kami akan datang melawat.
Segala jasa mereka tak kan kami lupakan.....Kami terpaksa, keadaan dah berubah..
Mon test du nouveau "Teint Idole Ultra 24h" by LancĂ´me
2 beberapa minggu yang lalu










Online Shop
My Ping Box
Top Komen
Komen Terkini
eReferral
Traffic

1 Tukang Komen:
Biasalah...hidup kita ni memang ader pasang surutnyer...
Bersabar sahajalah...itu sumer dugaan dari yang maha esa....
Ikhlas Dari,
LieZa
Catat Ulasan