CARIAN

Memuatkan ...

Rindu Kat Hubby, Rindu Kat Anak2

Malam ni dah masuk malam ke dua aku tido di The Zon Regency Hotel ni
Sempena nak menjayakan conference yang di anjurkan oleh jabatan aku
Dan malam ni juga dah malam ke tiga aku tido tanpa anak2..
Sebab anak2 aku anto balik kampung
Takut aku tak leh perform kat conference
dok sibuk ingat anak kat umah..
Hubby aku bz... menukang, wat renovate umah customer tak siap2
Kejar dateline
Dan kebetulan anak tak der, aku pun tak der
Hubby siang malam menukang
Dah minat dia ke situ
Aku malas nak kata aper
Janji ader income masuk
Udah le.....
Konon nak balik Pasir Gudang malam ni
Tapi pinggang aku sakit betul
Nak drive tak larat la..
Even berjalan kaki pon dah terkengkang-kengkang
Duduk pon melunjur je kaki masa registerkan participant
Perut pun dah merasa sakit2
Lebih perit bila baby dalam perut ini bergerak-gerak dengan hebatnya
Adusss...
Baru 6 bulan mengandung
3 month to go...
huhuhuhu
Tak prepare aper pon untuk sambut anak yang ke-3 ini
Hopely, rezeki aku dan hubby semakin mewah
Agar kami dapat menyambut kelahiran ini sama seperti Kakak Nurin dan Abang Adam nya nanti
Walaupun hubby dah kene berhenti keje awal tahun ini
Namum lately nie banyak pulak offer keje kontrak renovate yang hubby dapat
Syukur sangat2
Semoga, bertambah2 rezeki kami nanti...
Hem.. dah nak kol 12.00am
Aku tido dulu lah
Sok acara bermula...
MB tak jadi rasmikan conference
So YB Exco Kesihatan Negeri Johor yang akan menggantikan tempat beliau
Semoga aper yang di rencanakan dapat berjalan dengan lancar....


post signaturengantuk dah nie.... tak larat nak bukak mata... zzZZzzzzzz


Tak Rugi Jika Anda Komen Artikel Ini

1 Tukang Komen:

Aleyn berkata...

Gigihnyer kamu bekerja...dah berbadan dua pun bleh gi outstation lagi....

tak per...yang penting kamu jaga kesihatan diri dan baby dalam kandungan tuh...jangan tension2 sangat...buat mana yang mampu sajer...

Sila Berikan komen Yang Munasabah Dan Berkualiti. Komen Yang Berbaur Kejian Dan Kutukan Tidak Akan Di Display Di Sini. Terima Kasih Atas Kerjasama
Ikhlas Dari,
LieZa

Catat Ulasan

 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari